fbpx

Alami Depresi, Haqiem Rusli Mahu Bersara Jadi Penyanyi?

Baru-baru ini, peminat penyanyi popular Haqiem Rusli dikejutkan dengan berita dimana penyanyi itu memberi bayangan akan bersara daripada industri muzik.

Haqiem Rusli membuat pengumuman menerusi Instagram dan memberitahu dia akan membuat keputusan mengenai perkara itu pada Julai ini.

BACA: Solat Belakang Pentas, Haqiem Rusli Tak Menunjuk

Menerusi kepsyen tersebut, Haqiem mengatakan dia mengalami depresi sejak awal tahun dan kini sudah 70 peratus mengatakan bakal bersara sebagai seorang penyanyi.

https://www.instagram.com/p/BkFrt3Oj2zL/?utm_source=ig_embed

Haqiem juga turut memberitahu, buat masa ini dia mahu berehat dari menggunakan media sosial dan kesemua gambar di Instagram telah dipadam. Tambah Haqiem lagi, pada 24 Jun depan kemungkinan merupakan persembahannya yang terakhir.

Sebelum ini, Haqiem ada memuat naik beberapa status di Twitter menggambarkan dirinya agak kecewa dan akan berhenti menyanyi. Status tersebut sekaligus menimbulkan spekulasi dikalangan peminat yang seperti sudah menjangkakan penyanyi pujaan mereka bakal bersara.