Neelofa Mungkin Akan Bawa Bilal Pergi Kerja
Dalam temubual bersama Nona baru-baru ini, selebriti popular Neelofa berkata dia mungkin akan membawa anaknya, Muhammad Bilal ke tempat kerja.
Menurut Neelofa, anaknya itu sangat rapat dengan dirinya berbanding suaminya, PU Riz dan apabila anaknya itu besar dia merancang untuk membawa ke tempat kerja.
BACA: Balik Solat Jumaat, PU Riz Belikan Neelofa Rantai Tangan LV
“Bila dia besar sikit, Lofa mungkin akan bawa ke tempat kerja sebab senang nak uruskan. Lagipun dia anak pertama kan,” katanya.
Berkongsi mengenai pengalamannya bergelar seorang ibu, Neelofa berkata pada awalnya dia seakan tidak percaya sudah mempunyai cahaya mata.
“Seminggu pertama saya masih tak percaya yang sudah ada anak. Cuma lepas habis pantang, perasaan menjadi ibu itu semakin terasa apabila saya dah kenal dan faham ragam dia.
“Memang rasa bersyukur sangat. Setiap kali tengok muka anak, saya rasa lembut hati. Suami pun jadi sangat protektif,” katanya.
Dalam temubual itu juga, Neelofa turut memberi pesanan kepada suami isteri menimba ilmu dahulu sebelum menimang cahaya mata serta turut menitipkan doa buat mereka yan sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat.
- SUMBER
- YouTube TV3
Sokong bawak anak g tmpt kerja, klu kita adalah bos dan pemilik perniagaan, x makan gaji, atau ada arrangement dgn client yg membolehkan kita bawak anak. Asalkan blh fokus buat keja.
Eh x takut ke anak kena ain? Kang semua x jd keje nk tngk anak awak jek?
lantak hang laaa lopak oi
HABIS SEGALA KAIN RENDA ROPOL REBEN DIA BUNGKUS KASI TUTUP MUKA BILALAN TOYYIBA.
KALAU TAK BIKIN ITU MACIAM ENTE KHAWATIR ADA URANG YAKNI FEKERJA AKAN KIDNAP CURI2 SNAP BILAL PUNYA FOTO LA