Balik Solat Jumaat, PU Riz Belikan Neelofa Rantai Tangan LV
Apa saja perkongsian selebriti popular, Neelofa pasti akan menjadi perhatian ramai. Sehinggakan baru-baru ini video memaparkan suaminya, PU Riz memakaikan inai pun menjadi bualan.
Terbaru, perkongsian video dimuat naik oleh bekas pengacara MeleTOP itu mencuri perhatian dimana Neelofa berkongsikan menerima hadiah daripada suaminya.
BACA: PU Riz Dipuji Pakaikan Inai Di Jari Neelofa
@neelofa Moga Allah sentiasa bagi berkat dalam limpahan rezeki suamiku & mudahkan setiap kerja yang dilakukannya ??
Menerusi entri itu, Neelofa berkata itu bukanlah pertama kali suaminya membuat kejutan untuknya serta mendoakan suaminya dilimpahi rezeki serta dipermudahkan dalam melakukan apa saja urusan.
“Kisah hari ini, suami balik dari solat Jumaat bawa balik hadiah. Terkejut, terharu, happy, syukur dan semua perasaan yang baik-baik alhamdulillah.
“Sebenarnya ini bukan kali pertama pak ustaz beli bawa balik surprise. Lofa suka tengok video bila suami bagi hadiah dekat isteri. Doakan keberkatan rumah tangga kami,” tulisnya.
Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tumpang gembira melihat pasangan itu serta mendoakan perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.
Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Bilal.
- SUMBER
- Cari Forum
Si isteri berpurdah tapi suka tayang kemewahan, duit raya anak pun nak tayang, tayang lagi dapat LV. While si suami self-claimed ustaz, beri ceramah agama sana sini. Akhlak yg tak merendah diri sangat tak selari dengan apa yang ditunjukkan berpurdah, preach pasal agama.
To jah and shuben, Practice what you preach.
Self-claimed ustad ke tue?
Setujuu sangat..makin hari Jah makin show off & Shuben self claimed ostad pun tak menghalang.. ingatkan Jah bila da berpurdah da lebih bersederhana.. tak perlula semua benda nak tayang socmed.. Agaknya dgn menayang semua perkara dkt socmed beri kepuasan pada Jah.. tapi muka baby tak nak tayangg pula yaa.. peace
Dulu if rotikaya up story yg brurk pasal dia nie mst skejp je dah take down. Than tiber now all story good one.
Tayang hadiah tu tak takut kene ain ke jah??
Agaknya kalo dah dok Mesir lg mcm2 dia nk update tiap 5 minit nk pos. Yg gatal media sibuk nk up citer dia sbb kebulor like pentaksub diorg
Tak tunjuk ke pati rizz cuci berak lopak Jubo itam wkwkwkw
She will never changed. Trust me.
Blah la !
Biarlah dia….jgn cemburu semua, tak apa tgok jer dah…kita tgok kita cakap wah banyak duit….kalau Allah bagi rezeki siapa tau kita pun akan dapat. Takyah LV kalau suami kasi bunga sejambak lepas solat Jumaat pun bersyukurla…
sama perangai mcm Anzalna semua nak tayang dgn jenama sekali. ha ha ha
Pak Ustaz pls berambus a.s.a.p ke Saudi. Riak sekor nate ni. Perlu ke nk habak sedunia? Pandai plak takut.. tunjuk muka anak takut terkena penyakit Ain, kononya org buat nanti, kalau gitu takyalah update tak usah bererita..laki bini sengal. Buat kebencian org jer. Keluarga ustaz lain pun takde mcam ni.
Rotikaya carila story yg menuju kearah syurga daripada story tarik netizen menuju ke neraka.
Inilah dia apabila orang yang tak faham agama tapi nk bercakap ttg agama.. Ckp syukur tp maksud syukur pun tk tahu..matlamat tk menghalalkan cara..praktikal ni wlupn org belajar sampai habis belum tentu praktik dgn betul dan sempurna. Banyak dh contoh di sekeliling kita..Lebai2 pak2 imam n pak2 ustaz ni..Menggunakan agama! Allah tak suka! Dosa! Masuk neraka!
Aritu gua balik dari pasar beli kerang, gua belikan isteri gua kukor kelapa. Isteri gua tersengih suka sangat dpt kukor kelapa yg takde cap tu terus masak kerang masak lemak. Hepi sungguh dia dpt somi yg romantik.
muka anak tak tunjuk tapi yg lain segalanya tunjuk, apakahhh????
Jah …kecilnya .
plot twist: duit lopak gak pusing2 gituu hahahah