fbpx

Neelofa Menangis Dapat Tengok Helaian Rambut Nabi Muhammad

Selebriti popular dan usahawan terkenal, Neelofa dilihat sebak apabila berpeluang melihat helaian rambut milik Nabi Muhammad SAW di Persada Johor International Convention Centre.

Menerusi satu video dikongsikan di aplikasi TikTok, Neelofa dilihat beberapa kali mengesat air mata sepanjang berada di pameran tersebut.

BACA: Lama Menyepi, Neelofa Update Tentang Ameera Khan

Menurut Neelofa, dia dapat merasa seolah berada dekat dengan Nabi Muhammad SAW ketika melihat helaian rambut yang dipamerkan.

@neelofa

Saat melihat helaian rambut Rasulullah saw, Allah bagi rasa seolah nabi saw ada dekat… wahai Allah , teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah saw.

? original sound – neelofa – neelofa

“Saat melihat helaian rambut Rasulullah saw, Allah bagi rasa seolah nabi saw ada dekat… wahai Allah , teruslah bantu kami untuk terus mendapat kemanisan mencintai Rasulullah saw,” tulisnya.

Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut tersentuh hati serta menyifatkan bekas pengacara MeleTOP itu sangat bertuah dapat melihat artifak peninggalan Nabi Muhammad dan sahabat baginda.