fbpx

Lama Menyepi, Neelofa Update Tentang Ameera Khan

Di antara adik-beradik selebriti popular, Neelofa, personaliti media sosial iaitu Ameera Khan atau lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan antara yang paling popular.

Bagaimanapun, sejak Julai lalu Instagram Ameera menjadi perhatian apabila dipercayai telah memadam semua gambar yang pernah dimuat naik sebelum ini sekaligus menjadi tanda tanya netizen.

BACA: Neelofa Dedah Punca Ameera Khan ‘Hilang’ Dari Instagram

Memetik Media Hiburan, Neelofa berkongsikan perkembangan mengenai adiknya itu berada dalam keadaan baik dan baru saja meluangkan masa bersama.

“Beberapa hari lalu saya ada melawat ibu bapa dan kemudian ada jumpa Ameera dan bertanya sam ada dia keluar atau tidak. Dia cakap dia keluar je, cuma saya yang tak tahu sebab dia kini tiada akaun Instagram.

“Malah kata Ameera, boleh dikatakan hari-hari dia ada keluar dengan kawan lakukan aktiviti dan sebagainya.

“Cuma untuk saya terangkan secara berlebihan mengenai apa sebab sebenar dia berbuat demikian rasanya tak wajarlah. Sebagai kakak saya respek dengan keputusan dia,” katanya.

Kata Neelofa lagi, adiknya itu sudah terdedah dengan media sosial sejak usia belasan tahun lagi  dan dia melihat Ameera gembira dengan caranya sekarang.

“Jadi bagi saya mungkin fasa pembesaran dia lain dengan zaman kita. Mungkin situasi itu berbeza tapi saya pun tidaklah seratus peratus pasti itu sebab dia.

“Bagi saya dia gembira dengan cara begitu setakat ini yang mana dia tidak pernah rasa terganggu dengan apa yang pernah dilakukan sebelum ini. Mungkin dia suka dengan privasi sekarang. Rasa sayalah,” katanya.