fbpx

Neelofa Digugurkan Dari Senarai Ikon Wanita Negara?

Walaupun sudah membuat permohonan maaf secara terbuka, nama Neelofa masih tidak lekang dari buah mulut netizen selepas majlis pelancaran tudung di kelas malam mencetuskan kontroversi.

BACA: Netizen Beri 7 Sebab Lelaki Takut Dekati Neelofa

UPDATE-1: Pihak pengurusan Neelofa menafikan yang nama selebriti itu telah digugurkan dari senarai Ikon Wanita Negara 2017

Terbaru, nama pelakon dan usahawan itu dikatakan bakal digugurkan dalam senarai anugerah Ikon Wanita Negara oleh sebuah kementerian berikutan insiden viral tersebut.

Tidak mahu menerima tempias daripada kontroversi yang berlaku, pihak kementerian dikatakan terpaksa menggugurkan nama Neelofa.

Difahamkan, acara pengumuman anugerah itu akan diadakan dalam masa terdekat.

Selain Neelofa, antara senarai penerima Ikon Wanita lain yang akan menerima anugerah tersebut adalah Datuk Vivy Yusuf, Datuk Nurul Hidayah dan Datuk Ziela Jalil.

Tahun lalu, Neelofa antara 300 individu tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia. Neelofa juga pernah menerima anugerah Tokoh Wanita pada tahun 2016.