Hari ini hangat diperkatakan apabila selebriti popular, Noor Neelofa, suami, PU Riz dan 20 angota keluarganya dikenakan kompuan sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Belum reda dengan isu tersebut, kecoh di media sosial apabila Neelofa memuat naik foto burger di Insta Story miliknya. Susulan perkongsiannya itu, netizen mendakwa Neelofa dikatakan tidak sensitif dengan isu menimpa peniaga burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50,000.

BACA: “Saya Terima Dengan Hati Terbuka, Jadikan Kompaun Sebagai Satu Pengajaran”

Bagaimanapun, menerusi satu lagi perkongsian Neelofa terkejut ramai yang salah anggap dan bersangka tidak baik.

Tampil menjelaskan perkara sebenar, Neelofa berkata sebelum memuat naik gambar tersebut peguamnya sudah menghubungi peniaga burger untuk membantu membayar kompaun yang telah dikenakan.

Semalam, tular seorang peniaga burger Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, yang berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri kerana berniaga lebih masa ditetapkan.