fbpx

Neelofa Kongsi Rahsia Untuk Terus Kekal Istiqamah

Sejak kebelakangan ini kecoh di media sosial isu mengenai selebriti wanita membuka tudung. Sudah hampir lima tahun berhijab, bagaimanapun Neelofa memberitahu siapalah dirinya untuk memberi komen tentang isu tersebut.

Ditanya sama ada sukar atau tidak untuk kekal istiqamah, Neelofa mengakui imannya juga ada pasang surut. Namun jika dia merasakan dirinya semakin tersasar, dia akan berusaha untuk mencari ilmu dan mendekatkan diri dengan agama.

BACA: Neelofa Sambut Hari Jadi Dengan Majlis Ilmu

“Siapalah saya untuk judge mereka ini semua. Lagi baik jika saya fikir benda yang baik-baik sahaja supaya mereka ini pun tak rasa tertekan. Kita tengok di media sosial rakan-rakan artis yang jauh tersasar kerana tekanan daripada netizen.

“Jadi saya tak nak termasuk dalam kumpulan netizen yang memberi kata-kata cemuhan dan kata-kata negatif yang menjauhkan lagi mereka dengan agama Islam.

“Saya tak lari dari melakukan kesalahan. Iman saya pun ada naik turun sama juga seperti orang lain.Kalau saya rasa jauh dengan Allah, kurang rasa seronok di dalam solat, saya akan cuba buka balik buku, dengar ceramah dan berzikir untuk mendekatkan diri dengan agama,” katanya.