fbpx

Neelofa Kongsi Pengalaman Teman Rakan Bersalin

Agak luar biasa pengalaman yang dikongsi Neelofa kali ini, apabila beliau berpeluang menemani teman baiknya melahirkan anak di bilik bersalin. Menurut Neelofa, pengalaman itu sangat bermakna buatnya sebagai seorang wanita.

BACA: Kurang Masa Bersama Arwah Datuk, Neelofa Kini Berubah

Menerusi Instastory di akaun Neelofa, beliau berkongsi saat mendebarkan itu melalui sekeping gambar ‘selfie’ yang dimuat naik. Selain ucapan tahniah, Neelofa juga meluahkan rasa bangga terhadap rakannya.

Untuk kali pertama berada di dalam bilik bersalin, Neelofa merasakan ianya pengalaman yang tidak ternilai apabila dapat menyaksikan rakan baiknya bertarung nyawa melahirkan seorang bayi.

Boleh kira bertuah juga Neelofa menyaksikan sendiri pengalaman wanita bersalin melahirkan anak. Bolehlah pengalaman ini dijadikan rujukan buat diri sendiri di masa akan datang, mana tahu giliran Neelofa pula nanti. (rtky/w)