Kurang Masa Bersama Arwah Datuk, Neelofa Kini Berubah
Pemergian insan yang disayanginya baru-baru ini ternyata memberi kesan yang mendalam buat Neelofa. Menerusi Harian Metro, Neelofa menyatakan bahawa dia kini membuat pilihan untuk meluangkan lebih masa bersama keluarga.
BACA: Sepasang Baju Neelofa Berharga Lebih RM25,000
“Pemergian arwah datuk banyak mengubah saya untuk menjadi seorang anak dan ahli keluarga yang lebih baik. Saya berasa menyesal kerana kurang menghabiskan masa dengan arwah datuk ketika hayatnya dulu”
“Kini, saya juga lebih menghargai masa berkualiti untuk bersama ahli keluarga walaupun sibuk mengatur urusan perniagaan dan karier seni,” jelasnya.
Tambahnya, arwah turut berpesan agar sentiasa jujur, amanah dan tidak mengamalkan riba dalam urusan perniagaan. Arwah datuk Neelofa, Noor Mohamed yang berusia 83 tahun meninggal dunia pada 20 November lalu.
Selain itu, Neelofa juga menyatakan bahawa pengalaman menukarkan lampin pakai buang datuknya itu juga merupakan salah satu perkara yang suka dilupakannya.
“Saya juga sempat menukarkan lampin pakai buang datuk ketika itu buat pertama kalinya dan ia pengalaman yang sukar dilupakan,” kongsinya. (rtky/s)
- SUMBER
- harian metro
Atok suh tutup aurat tak?
Kesian kan. Cucu tak tutup aurat.
ehh kau…mulut ish ish ish…….tu mulut bkn hati lagi…..perut kau tu mesti hijau….dh malaikat dh ke…u low minded person… :P
Luang masa muhasabah diri. Bermegah dedah sana sini. Baju ketat sana sini
Ada hikmah.. please impruv urself… pemakaian tk tepati syariah.
Insaf sblum ditarik nikmat dunia.
Suatu masa nikmat dunia ditarik pencipta..masa tu dh terlambat nak berpatah balik. Dah tak sempat buat video hijrah kt radio.
Sebak sedih bagai.
Atuk x nasihat ke pakai baju patuh syariah..
Asal ngri islamic. Pakaian ank beranak nauzubillah.
weh puakanya korang ni. patut pun meleis susah berkembang. dia kata nak improve korang cakap macam2. macam la korang beriman sentiasa tip top. puih. dalam surau puak2 korang la paling ramai semayang zohor sambung asar sekali lol
Tolonglah yang dok komen2 isu aurat tu. Itu soal dia dengan Allah.Tak menjejaskan kemaslahatan masyarakat Malaysia pun.
Stop jadi pengadil dunia untuk dosa dan pahala orang.
Pesan datuk dia supaya jujur amanah, jangan amalkan riba dalam berniaga lagi besar untuk masyarakat Malaysia. Tak pulak korang nak highlight nasihat tu