Adakah dengan kenyataan terbaru ini menunjukkan yang Neelofa bersedia untuk bersikap lebih terbuka dengan hubungan cintanya bersama Hans Isaac? Menarik kupasan wartawan popular Mama Juwie dalam temubual terbaru bersama Neelofa.

Dalam Berita Harian hujung minggu ini, Neelofa telah menjawab beberapa soalan berkaitan hubungan beliau bersama Hans Isaac dan selebriti ini mengakui yang beliau sudah semakin kenal dengan diri lelaki itu selepas tiga tahun bersama.

BACA: Hans Isaac Bakal Umum Kahwini Neelofa Hujung Tahun Ini?

“Selama hampir tiga tahun kami berkawan, saya sudah mula kenal diri dia. (Tentang lamaran Hans Isaac) sama ada (terima) atau tidak, biarlah Hans orang pertama yang akan tahu,” ujar Neelofa.

Ahli perniagaan yang giat membina empayar beliau sendiri ini juga ditanya tentang apakah yang buat dirinya tertarik dengan Hans Isaac.

“Dia seorang yang very gentleman, matang, senang beralah dan kreatif. Selama ini, dia setia dalam bercinta,” tambahnya yang percaya cinta itu dibina atas susah senang bersama, Cewahh.

Kami di sini doakan anda berdua semoga cepat bersatu, eh. (rtky/m)