fbpx

Hujung tahun lalu, penyanyi Elyana memaklumkan kanser limfoma yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu itu hampir memasuki tahap lima apabila turut menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya.

Baru-baru ini, menerusi Insta Story Elyana berkongsikan perkembangan terbarunya sedang menjalani rawatan di sebuah hospital.

BACA: Kanser Elyana Hampiri Tahap Lima, Merebak Ke Rahim, Hati & Pangkal Paha

Menurut Elyana dia mungkin perlu menjalani rawatan radioterapi selama 10 hari. Katanya lagi, dia juga perlu menjalani proses memasukkan darah dan susu ke dalam badannya yang kini hanya seberat 35 kilogram.

“Assalamualaikum semua. Sekarang saya tengah masukkan darah. Ini baru first bag darah dan saya kena masukkan dua bag. Satu bag sekitar tiga jam. Kemudian, akan disambung dengan susu kerana saya tak cukup berat. Berat saya kini sekitar 35 kilogram.

“Selepas treatement ini, kemungkinan besar saya kena buat radioterapi sebab doktor tahu saya tak nak ‘chemo’. Rawatan tersebut akan dibuat pada bahagian dada,” katanya.

Menerusi video tersebut, Elyana turut meminta orang ramai mendoakan agar dirinya segera sembuh dan segala urusan dipermudahkan.

“Semoga semua berjalan lancar. Saya harap anda dapat doakan kelancaran dan kesihatan saya. Semoga cepat sembuh,” katanya.