fbpx

Neelofa Dikecam Rakam The Lion King Dalam Wayang

Tindakan terbaru Neelofa yang merakam sedutan filem The Lion King di panggung wayang mendapat reaksi dari pelbagai pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan ikon muslimah tersebut.

Kurang 24 jam yang lalu, Neelofa ada menyiarkan rakam filem The Lion King menerusi akaun Instagram beliau dan ramai beranggapan yang tindakan pengacara dan usahawan terkenal itu sebagai kurang wajar dan contoh yang negatif kepada orang ramai.

BACA: Neelofa Rakam Suara Untuk Terjemahan Al-Quran

Seorang pengguna Twitter meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Neelofa itu dan mempersoalkan sama ada akan ada pihak yang akan bersuara tentang isu ini atau pun tidak kerana status Neelofa sebagai seorang selebriti.

Salah satu rangkaian panggung wayang di Malaysia, Golden Screen Cinemas (GSC) turut memberikan maklumbalas mengatakan yang mereka sudah melaporkan perkara ini ke pihak penerbit, Disney untuk tindakan selanjutnya.

Diharap pihak Neelofa dapat memberikan kenyataan dari pihak mereka sendir tentang isu ini yang sudah mendapat perhatian ramai. Bukan apa, sebagai seorang ikon pastinya Neelofa mahu memberikan contoh yang baik baik sahaja buat peminatnya bukan? (rtky/m)