Bukan saja bergelar selebriti popular dan usahawan berjaya, dalam diam Neelofa menyimpan impian untuk menerbitkan tafsir audio visual ayat suci al-Quran dalam bahasa Melayu.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Neelofa berkata, idea untuk menggunakan suaranya sebagai terjemahan ayat suci al-Quran timbul berikutan sukar untuk mendapatkan bahan ilimiah sedemikian di pasaran. Katanya lagi, projek itu kini dalam pembikinan.
BACA: Neelofa Akui Menangis, Sedih Berdoa Soal Jodoh
“Semakin lama membaca al-Quran, saya tidak mahu sekadar membaca tanpa memahami isi kandungan al-Quran. Saya gemar membaca, mendengar bacaan dan memahami isi kandungan al-Quran.
“Malangnya, pencarian di YouTube sukar untuk menemui terjemahan audio dalam bahasa Melayu. Kebanyakannya dalam bahasa Inggeris dan ada kalanya Urdu.
“Asalnya terjemahan ini saya buat untuk diri sendiri. Tetapi selepas dikongsi ia mendapat sambutan baik. Jadi saya ingin merakamkan suara untuk membaca terjemahan al-Quran,” katanya kepada Kosmo!
Menurut Neelofa, untuk peringkat awal rakaman akan melibatkan terjemahan surah pendek dan dia ingin merakamkan terjemahan untuk seluruh isi kandungan al-Quran.
“Pada masa depan projek ini mungkin boleh dikongsikan bersama stesen televisyen atau aplikasi Islamik untuk digunakan.
“Saya mahu rakamkan terjemahan untuk kesemua juzuk bermula dengan surah pendek, doa-doa pilihan kemudian seluruh al-Quran,” ujarnya.