fbpx

Neelofa Sahkan Hamil Anak Kedua

Segala teka teki terjawab apabila selebriti popular, Neelofa mengesahkan dirinya kini hamil anak kedua dan kandungannya sudah memasuki trimester kedua.

Memetik Astro Gempak, Neelofa mengiyakan pertanyaan dirinya kini berbadan dua selepas berkongsikan cabaran menunaikan umrah baru-baru ini.

BACA: “Kalau Saya Hamil Sekali Pun, Bila Dah Nampak Perut Besar, Maksudnya InsyaAllah” – Neelofa

“Ya, half way to go. Faham-fahamlah. Orang pun sudah nampak kan? Ramai yang mendoakan saya sihat dan selamat semuanya.

“Banyak orang mendoakan saya yang baik-baik dan banyak juga yang menghantar DM ucap yang baik-baik, jadi syukur Alhamdulillah.

“Iyalah kta pun aktif pergi sana sini, dengan anak kecil lagi. Ia bukan mudah tapi urusan saya dipermudahkan,” katanya,

Menurut Neelofa kehamilan kedua ini juga mudah seperti ketika mengandungkan anak sulungnya, Muhammad Bilal. Malah, Neelofa juga tidak kisah mengenai jantina bayinya asalkan sihat.

“Saya memang dari kehamilan pertama tak memilih. Okay sahaja. Dari kehamilan pertama, memang tidak teruk. Alhamdulillah.

“Kalau dibandingkan dengan kenalan saya yang tidak boleh bangun dari katil. Saya sangat syukur. Ada juga sedikit perubahan yang saya perlu buat tapi semua baik-baik saja,” katanya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu.