fbpx

Neelofa Dedah Sebenarnya Nak Letak Nama Sulaiman Untuk Bilal

Selebriti popular, Neelofa mendedahkan pada awalnya dia memilih nama Sulaiman untuk diberikan pada anak sulungnya, Muhammad Bilal.

Menerusi program bual bicara Next To Neelofa 2, selebriti itu berkata dia sangat suka dengan nama Sulaiman namun dia dan suaminya, PU Riz menukar nama kepada Bilal.

BACA: Usia Dah Masuk 10 Bulan, Neelofa Kongsi Bilal Dah Boleh Jalan 4 Hingga 5 Langkah

@seorangnur

InsyaAllah adik Bilal nanti nama Sulaiman pulak ? #neelofa #okisetianadewi #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou #fypage #xyzbca #nexttoneelofa

? Cinta Luar Biasa – Andmesh

“Kalau nak tahu, nama pertama yang saya cadangkan pada suami untuk Bilal sebenarnya adalah Sulaiman. 

“Saya sangat suka nama Sulaiman. Malah, dah ada pun beberapa hadiah yang kakak saya beri ada tulis Baby S (Sulaiman). Akhirnya kita (Neelofa dan Haris) tukar nama kepada Bilal,” katanya.

Berkongsikan perkara itu dalam episod bersama tetamu undangan, pelakon Indonesia, Okit Setiana Dewi, Neelofa turut berseloroh mengatakan nama Sulaiman itu akan diberikan pada anak keduanya kelak.

“Sulaiman mungkin InsyaAllah nanti kalau ada rezeki lain,” katanya.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung pada Mac lalu yang diberi nama Muhammad Bilal.