fbpx

Baru-baru ini, selebriti popular Neelofa berkongsikan perkembangan anak sulungnya, Muhammad Bilal yang kini sudah berusia 10 bulan.

Menerusi video dikongsikan di TikTok @lofa.world, Neelofa mendedahkan puteranya itu sudah mula berjalan empat hingga lima langkah.

BACA: Sweetnya Neelofa Dengan Suami, Peminat Tak Sabar Tunggu Adik Bilal

@lofa.world

perkembangan Bilal sekarang? mashaAllah alhamdulillah ?? #Neelofa #MashaAllah #fyp? #FYP #MuhammadBilalHaris

? original sound – lofa.world – lofa.world

“Dah boleh jalan dah dia, empat lima langkah, jatuh. Sekarang ni dah sepuluh bulan hampir dua minggu, dah boleh jalan dah dia, adoi. Sekarang suka masuk bilik umi dia, sikit-sikit masuk bilik umi dia,” katanya.

Perkongsian Neelofa itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen kagum serta tidak menyangka Bilal sudah mula berjalan apatah lagi usianya baru sahaja 10 bulan.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen memuji panggilan yang diberikan oleh Neelofa buat anaknya dengan memanggil Muhammad serta mendoakan Bilal menjadi anak yang soleh.