fbpx

Neelofa: Cari Duit Sebanyak Mungkin, Baru Kahwin

Sedar atau tidak sepanjang hari ketika para peminat bercakap tentang kegagalan nyata pakaian Neelofa di pentas Anugerah MeleTOP Era (AME) ialah hari yang sama selebriti ini menyambut ulangtahun kelahiran ke 25.

Satu sambutan meraikan ulangtahun kelahiran beliau yang juga kejutan telah diadakan oleh ibu Neelofa sendiri di One World Hotel, Bandar Utama yang dihadiri oleh rakan terdekat, ahli keluarga dan rakan rakan media.

Bercakap kepada Harian Metro, Neelofa mengakui yang sebelum ini ianya merupakan satu cita cita untuk mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun namun selepas muhasabah diri nampaknya niat itu telah diperbetulkan.

“Saya muhasabah diri. Baik jangan kahwin dulu jika belum bersedia kerana perkahwinan adalah fasa kehidupan yang lebih mencabar, selain membabitkan tanggungjawab yang besar. Ia bukan perkara boleh dibuat main-main. Kalau boleh, biarlah berkahwin sekali seumur hidup”

“Saya mahu mencari duit sebanyak yang boleh. Apabila semua impian saya tercapai, barulah boleh fikirkan soal kahwin,” tambahnya lagi yang baru sahaja pulang dari Amerika Syarikat selepas menamatkan kursus lakonan di sana.

Jika sampai jodoh dan serunya, tidak menunggu berapa banyak duit dalam poket ye tidak? Apa pun, selamat ulangtahun kelahiran ke 25 Neelofa. Semoga terus sukses. (rtky/m)