fbpx

Neelofa Bakal Tinggalkan MeleTOP?

Jika dilihat kepada entri Instagram pengacara MeleTOP, Neelofa kali ini agak berbeza, beliau telah meluahkan perasaan terharunya sepanjang penglibatan di dalam program terbabit. Sekaligus membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai sebab sebenar disebalik luahan itu, atau memang benar Neelofa bakal meninggalkan program itu.

BACA: Atuk Curi Selfie Dengan Neelofa Tarik Perhatian

Menerusi kenyataannya itu, Neelofa menceritakan kenangan manis sepanjang lima tahun terlibat dalam program hiburan terbabit bersama krew dan juga peminat yang tidak henti-henti menyokongnya. Pada masa yang sama, beliau turut memberi ucapan penghargaan kepada peminat yang datang dari jauh untuk bertemunya dalam program itu.

Tanpa memberitahu dengan jelas tujuannya berkata demikian, peminat mula mendakwa bahawa Neelofa akan meninggalkan program itu selamanya. Biarpun tiada kata-kata pasti dari Neelofa sendiri namun ramai yang bersedih dan meminta pengacara kesayangan mereka untuk terus mengacara.

Apapun diharap berita ini tidak benar sama sekali kerana pastinya ramai sudah terbiasa melihat Neelofa mengacara program MeleTOP, apalagi mendengar celoteh beliau bersama pelawak, Nabil Ahmad. Harap-harap Neelofa juga boleh tampil menjelaskan perkara ini. (rtky/w)