fbpx

Neelofa Bakal Ke Hollywood Tahun Hadapan

Mesti ada peminat Neelofa yang teruja mendengar pelakon filem Lemak Kampung Santan ini bakal ke Hollywood. Neelofa bukannya pergi untuk membintangi mana mana filem terbitan dari sana.

Mantap! Kali Ini Siri HONOR 200: Flagship Estetik AI Lengkap Dengan Versi Pro Spesifikasi Flagship Lagi

Baru-baru ini Siri HONOR 200 telah dilancarkan secara rasmi, dan ini adalah kali pertama HONOR memperkenalkan versi Pro dalam siri N ke Malaysia. Jangan tak tahu, Siri HONOR 200 hadir dengan sistem tri-kamera 50MP standard, mod...

Baca Lagi

Neelofa berkata beliau akan menjalani kursus selama dua bulan bagi meningkatkan lagi kemahiran dunia seninya di Sekolah Filem dan Lakonan Akademi Filem New York, Los Angeles (NYFA), Amerika Syarikat.

“Insya-Allah pada awal tahun depan saya akan ke Amerika bagi menjalani kursus lakonan di NYFA. Memang sudah lama saya mahu ke Hollywood dan belajar di NYFA hanyalah satu titik permulaan”

“Memandangkan Liyana Jasmay pernah mengambil kursus di NYFA, saya ada juga tanya dia sedikit informasi terutamanya mengenai hal tempat tinggal,” ujarnya yang pernah berputus ada dalam lakonan.

“Diakui saya pernah hampir putus asa kerana tidak dapat memberi fokus dengan pelajaran dan pada masa sama ketika itu saya sedang sibuk dengan penggambaran filem Pilot Cafe (arahan Osman Ali).

“Bagaimanapun bila di fikir-fikirkan balik, ia hanya sementara. Lagipun sejak sekolah lagi, saya cemerlang dalam kesemua peperiksaan. Jadi takkan saya nak sia-siakan hasil usaha saya sebelum ini begitu sahaja”