fbpx

Neelofa Bakal Bersara Dari Dunia Lakonan?

Tidak dinafikan bahawa tahun ini merupakan tahun yang cukup sibuk buat Neelofa lebih-lebih lagi apabila dipilih menjadi duta untuk beberapa jenama antarabangsa. Mahu lebih fokus, Neelofa memilih untuk tidak berlakon pada tahun hadapan.

BACA: Neelofa Kongsikan 5 Ciri-Ciri Lelaki Idamannya

“Ada perkara yang dipertanggungjawabkan untuk saya dan ini membuatkan saya berehat sebentar daripada dunia lakonan. Nampaknya, berlakon tidak akan menjadi keutamaan saya pada tahun 2018,” jelasnya kepada New Straits Times baru-baru ini.

Bagaimanapun, Neelofa tidak akan berundur dari bidang pengacaraaan tetap memberi keutamaan kepada rancangan hiburan MeleTOP yang dikendalikannya bersama Nabil Ahmad.

“Saya dah bersama Nabil Ahmad mengacarakan MeleTOP selama 5 tahun dan ia sudah jadi sebahagian daripada saya. Nabil, produksi dan juga peminat – kami sama-sama berkongsi keserasian dan saya tidak akan berhenti melakukannya,” katanya lagi. (rtky/s)