Bakal menunaikan haji bersama ibu bapanya tidak lama lagi, Neelofa tidak menafikan bahawa antara perkara yang mahu dipohonnya di tanah suci Mekah nanti adalah mengenai jodohnya.
BACA: Tabung Haji Nafi Beri Neelofa Visa Haji
“Sesiapa sahaja yang berpeluang ke sana mengerjakan haji, pasti pelbagai niat dipasang. Jodoh salah satunya. Rugi kalau saya lepaskan peluang yang sukar untuk kita peroleh, bukan senang’kan?”
“Tapi tidaklah pasal jodoh semata-mata, kita doa untuk kelangsungan hidup. Perniagaan, kesihatan, keluarga dan semua benda kalau boleh kita nak doa dekat sana, tapi yang penting niat untuk beribadah,” kongsinya kepada Utusan Online.
Tambah Neelofa, dia juga enggan memikirkan tentang pelbagai kritikan yang dilemparkan kepadanya lebih-lebih lagi apabila gelaran Hajah dimilikinya setelah pulang dari mengerjakan haji nanti.
“Saya rasa itu tidak perlu difikirkan. Sekarang ini pun, banyak yang sudah mengkritik. Kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang. Apa pun yang kita lakukan, pasti ada mata yang memandangnya salah”
“Jadi kenapa saya perlu bazir masa memikirkan tentang itu semua. Saya serah bulat-bulat kepada Allah. Tawakal dan saya tahu, Allah maha pengampun. Siapa kita mahu menghukum sesama manusia,” katanya. (rtky/s)