fbpx

Neelofa Akhirnya Buka Mulut Isu Langgar SOP

Hangat diperkatakan berhubung isu melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) dan dakwaan berbulan madu di Langkawi, akhirnya selebriti popular Neelofa tampil memberikan jawapan.

Memetik laporan Gempak, Neelofa memohon orang ramai memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan isu tersebut secara profesional dan tenang.

BACA: Polis Akan Panggil Neelofa, PU Riz

“Berhubung isu tersebut saya mohon diberikan ruang untuk menyelesaikannya secara profesional dan tenang tanpa tekanan daripada mana-mana pihak yang berkaitan.

“Itu saja permintaan saya… Saya tidak mahu ulas panjang-panjang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai tindakan akan dikenakan sekiranya didapati bersalah melanggar SOP, Neelofa enggan mengulas lanjut.

“Saya rasa tidak perlu untuk mengulas tentang perkara tersebut. Ada tindakan atau tidak biar saya ‘settle’ sendiri.

“Jika ada perkembangan terkini saya akan maklumkan dan kita tengok nanti apa yang perlu dilakukan,” katanya lagi.