fbpx

Nedim Sindir Netizen Komen Lucah Pada Isteri

Meskipun sudah beranak dua, ramai yang mengagumi kecantikan semula jadi Nora Danish yang masih lagi persis anak dara. Apa yang foto yang dikongsikan pasti akan membuatkan ramai wanita makan hati dengan kecantikan pelakon itu.

Baru-baru ini, Nora ada memuat naik fotonya mengenakan baju putih dan skirt putih biru khas untuk tatapan para peminatnya. Bagaimanapun, lain pula yang menjadi perhatian netizen terutamanya kaum lelaki yang ‘berotak kuning’.

BACA: Nedim Tunai Janji Bantu Bayi Hidap Ekzema Kronik

 

Rata-rata lelaki miang memberikan komen nakal, tidak kurang juga ada yang bertanyakan adakah suami tidak marah memuat naik gambar tersebut untuk tatapan umum.

Mungkin tidak tahan melihat isterinya menjadi usikan berbaur lucah, Nedim tampil membalas komen nakal seorang netizen dengan nada sindiran serta turut memberikan pesanan kepada individu tersebut.

Susulan komen Nedim itu, seorang netizen seolah menyindir Nedim dengan mengatakan bahawa tahu marah apabila ada komen lucah pada isteri tetapi tidak marah apabila isterinya memuat naik gambar tersebut, namun komen tersebut dibalas oleh Nedim seolah memerli semula netizen itu.

Diruangan komen rata-rata memuji cara Nedim membalas komen nakal netizen dengan tenang dan tidak mudah melatah. Malah ada yang meminta Nedim supaya tidak mempedulikan netizen tersebut.