fbpx

Nedim Tunai Janji Bantu Bayi Hidap Ekzema Kronik

Sebelum ini sebuah gambar bayi yang menghidap penyakit kulit ekzema yang dimuatnaik di Instagram telah membuatkan hati suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri untuk menolongnya dan melalui perkembangan terkini bapa kepada bayi tersebut, Nedim mengotakan apa yang dijanjikannya sebelum ini.

BACA: Bekas Isteri Dakwa Nedim Nazri Gunakan Anak Untuk Kepentingan Diri, Raih Perhatian Ramai

“Terima kasih Nedim dan Nora Danish sebab sudi membantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki anda sekeluarga,” memetik luahan terima kasih bapa kepada bayi tersebut yang kepada Nedim di Facebook.

Selain dihujani dengan rasa syukur di ruangan komen bapa bayi berkenaan, kemurniaan Nedim dalam menolong keluarga berkenaan sebelum ini telah pun mendapat perhatian ramai. Sementara itu, Nedim turut berkongsi perkara tersebut di Instagm Stories.

Maklumlah, sebelum ini apa-apa yang dilakukan oleh Nedim dan isterinya pasti menjadi perhatian dan tidak kurang juga turut menjadi kecaman. Bagaimanapun apa yang dilakukan oleh Nedim ini ternyata satu usaha murni yang pastinya tidak dapat dilakukan jika hanya ‘membawang’ dan membuang masa di laman sosial. (rtky/s)