fbpx

Ne-Yo Bakal Bertunang, Kini Menanti Kelahiran Anak Kedua

Selamat pagi & mari kita teruskan hari kita dengan kisah dari Hollywood.

Penyanyi Ne-Yo di’khabarkan akan mengikat tali pertunangan dengan teman wanitanya, Monyetta Shaw.

Lebih menarik, mereka berdua turut di’khabarkan sedang menanti kelahiran anak kedua mereka tidak lama lagi.

Wakil Ne-Yo mengesahkan berita gembira itu kepada US Weekly semalam & sumber terdekat ada menyatakan yang anak kedua mereka akan lahir dalam bulan hadapan.

Ne-Yo dan Monyetta Shaw menerima kelahiran anak pertama mereka, Madilyn Grace sekitar November 2010 dan Ne-Yo menulis di Twitter yang beliau sanggup mati untuk apa sahaja demi anak’nya.

Selamat bertunang kepada Ne-Yo & Monyetta Shaw. Bina keluarga bahagia untuk masa hadapan.