fbpx

NBC America Today: Malaysia Negara Paling Teruk Pernah Kami Kerjasama

Chef Wan hari ini mengeluarkan kenyataan peribadi menerusi laman Facebook beliau berkaitan isu kelayakan Chef Riz dan berkata ini sesuatu yang memalukan buat diri Chef Riz dan sebagai bapa, kecewa memang tidak boleh di’elakkan.

Namun kami lebih tertarik dengan kenyataan Chef Wan yang baru sahaja tamat bekerjasama dengan sebuah produksi dari stesen televisyen Amerika Syarikat, NBC untuk program Today.

Krew produksi NBC berada di Malaysia untuk siaran secara langsung untuk mempromosikan Malaysia dalam program hangat Today selain merakamkan footage untuk di’bawa pulang kelak.

Menurut kenyataan Chef Wan, beberapa krew produksi NBC menyifatkan Malaysia sebagai sebuah negara paling teruk pernah mereka masuki untuk melakukan kerja kerja rakaman.

Krew produksi NBC memberitahu yang bukan sahaja rakyat Malaysia seakan tidak peduli kehadiran mereka yang datang untuk mempromosikan Malaysia, tetapi ada juga pegawai yang tidak telus — minta RM10,000 untuk satu sessi penggambaran di Sepilok, Sabah.

Oleh kerana mengalami sistem birokrasi Malaysia yang begitu ‘cemerlang’, krew produksi NBC berkata mereka akan berfikir banyak kali untuk kembali ke Malaysia jika ada tugas memerlukan.