fbpx

Nazim Othman Terkejut Remaja Hantar Gambar Seksi

Nampaknya status bujang Nazim Othman menjadi kegilaan ramai apabila beliau mengakui menerima mesej dan gambar berbentuk lucah daripada golongan remaja. Selain terkejut, Nazim tidak menyangka tindakan berani remaja mengajaknya (jauh lebih berusia) dating.

BACA: Nazim Othman, Bella Dally Sah Cerai

“Saya tidak tahu nak beri reaksi macam mana apabila membawa setiap mesej mereka. Bukan saja budak perempuan, lelaki pun ada. Apa boleh dikatakan, mesej dan gambar dihantar keterlaluan, keji dan menggelikan”

“Bukan itu saja, ada juga dengan selamba ajak saya keluar ‘dating’ dan macam-macam lagi. Saya buka profil mereka, kebanyakannya masih bersekolah. Apa nak jadi dengan remaja zaman sekarang”

Menerusi Instastory, Nazim mendedahkan hatinya sudah terkunci untuk menerima cinta baru. Jadi pesannya, adik-adik hentikanlah cubaan itu kerana jelasnya, beliau bukanlah seorang yang suka melayan sesuka hati.

“Apabila mengetahui saya solo, mereka mungkin ingin mencuba dan menjangka saya akan layan. Namun, mereka silap sebab saya bukan jenis begitu. Saya solo, tetapi tidak boleh dimiliki. Hati sudah terkunci. Jadi, tidak perlu mencuba,” jelasnya. (rtky/w)