fbpx

Nazim Othman Sudah Terbuka Hati Untuk Kahwin

Bermula daripada ketumbuhan di antara mata kanan dan di atas hidung kanannya awal tahun ini, perkara tersebut dalam masa yang sama banyak mengubah Nazim Othman menjadi insan yang lebih baik dan turut mengubah pandangannya mengenai kehidupan malah turut membuka pintu hatinya untuk berkahwin.

BACA: Nazim Othman: Ujian Tuhan Buat Saya Berubah

“Itu merupakan ujian terberat dalam hidup saya setakat ini. Fasa itu buatkan saya sedar banyak benda, menjadikan saya tidak takut untuk berhadapan apa saja kemungkinan. Saya hanya takut Dia. Tapi saya masih ada hormat dekat orang, dulu saya ada rasa takut-takut juga dengan orang. Saya lebih relaks dan menghargai kehidupan”

“Hubungan saya dengan Bella masih baik. Saya selalu ditanya tentang ini. Tak taulah nak cakap. Saya sampai satu tahap tak mahu kongsi apa pun pasal hubungan kami. Kalau betul jodoh antara kami kuat, InsyaAllah akan kahwin”

“Saya teringin nak kahwin. Saya dah pun 31. Bukan sebab umur yang mendorong saya untuk kahwin. Hati saya dah terbuka untuk ada keluarga sendiri. Saya dah bersedia secara mentalnya. Tunggu masa yang sesuai. Kalau jodoh dengan dia, Alhamdulillah,” jelasnya kepada mStar Online.

Semoga apa yang diimpikan oleh Nazim akan menjadi kenyataan. Jika sudah ada niat dan ditambah pula dengan doa peminat yang tidak henti-henti, semoga semuanya berjalan lancar. (rtky/s)