Nazim Othman Pernah Tidur Di Kaki Lima KLCC
Mengimbau kembali kenangan ketika mula mula menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur untuk mengejar impian, Nazim Othman kongsikan kisah kepayahan hidup sebelum bergelar anak seni dan popular sebagai pelakon di Malaysia.
Menerusi status terbaru di Instagram, Nazim Othman mengakui yang bukan mudah untuk beliau bertapak seperti sekarang ini dan pernah menghabiskan masa tidur di kaki lima, tempat letak kereta dan bilik sewa.
BACA: Nazim Othman Suka Menyanyi, Terkilan Suara Asyik Dikecam
“Daripada zaman mentah datang KL seorang diri konon nak berdikari. Pertama kali masuk KLCC gembira yang tak tahu macam nak gambarkan”
“Teringat kenangan menyewa bilik setinggan di belakang Hotel Istana. Setiap hari berjjalan kaki empat kilometer nak pergi kerja hotel di depan kelab Zouk yang lama (Hotel Maya dulu nama Park Plaza)”
“Pengalaman tidur di ‘basement’ BSN depan hotel sampai polis kejutkan jam 3 pagi. Mula-mula mereka ingat ‘Mat Pit’, akhirnya mereka belanja Teh Tarik di kedai mamak. Tak campur lagi pernah tidur di kaki lima KLCC. Itu semua zaman dulu. Memang banyak lagi kenangan hidup di KL,” tulisnya.
Nazim Othman turut menjelaskan ramai tidak tahu susah payah beliau untuk berjaya dan menyebabkan beliau tidak kisah dengan kata-kata orang tentang dirinya selama ini. (rtky/m)
Bro setiap manusia ada zaman susah dan zaman kegemilangan masing2. Its a normal kita berubah sbb hidup ni mcm roda yg sering berputar. Lain laa kita statik beku x bergerak dan berubah sejak kecil sampai tua mcm tu jugak hidup…
I susah dulu kini dan juga kelmarin. Hati ku happy smalam..oh mengapa itu apa
Alaaaa…..hidup tak pernah susah bgitau je lah jgn nak berlagak asal dri kluarga susah konon….huh! Nama pun pelakon….tak crita pun tak da untong rugi pun….nak raih tumpuan sikit lah tuu……tak apalah bro lu tak pyah sebok nak yakin kan lgi crita kau…ok lah ko pernah lalui situasi begituu….kira ok lah tuu….
bukan dulu pramugara ke ??
Aku dulu kawan nazim othman time dia umur 20 tahun kat kl dulu…mmg hidup dia susah sgt..tapi respect kat dia sbb dia x pernah minta duit dari housemate kitaorang duduk 7 org time tu…kadang2 x makan dia berniaga kasut kat masjid jamek. Dulu muka dia lain sgt muda2 dah berjambang…skrang nmpak lg muda..haha kalo ko baca ni nazim ingat flat kta kat pandan dulu dok?
Abg malek top ke bottom?
Poyo lah