fbpx

Nazim Othman Suka Menyanyi, Terkilan Suara Asyik Dikecam

Pasti ramai tahu, Nazim Othman sering berkongsikan video nyanyiannya bersama pelakon Fatin Afeefa. Malah, baru-baru ini Nazim ada memuat naik video berduet dengan penyanyi berbakat besar, Idayu menyanyikan lagu ‘Timeless’.

Menerusi perkongsian di Instagram, Nazim meluahkan rasa terkilan dan penat apabila suaranya sering dikecam netizen meskipun dia sangat suka menyanyi.

BACA: Nazim Othman Enggan Jadi Watak Kedua Jika Hero Tak Semenggah

https://www.instagram.com/p/B5XvJhyAUJl/?utm_source=ig_embed

Nazim turut bertanyakan kepada netizen bagaimana untuk merdukan suara serta meminta pertolongan daripada penyanyi Ernie Zakri. Luahannya itu mendapat perhatian Ernie yang memberikannya sokongan untuk teruskan minatnya dalam nyanyian.

Malah, Ernie turut mengajak Nazim untuk belajar vokal dengannya. Diruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat kepada Nazim serta memuji Nazim memiliki suara yang sedap