fbpx

Nazim Othman Elak Sentuh, Peluk Bukan Mahram

Semakin menghampiri detik disatukan dengan Bella Dally (walaupun belum umum tarikh), pelakon Nazim Othman menjelaskan bahawa dia kini semahunya enggan bersentuhan dengan pelakon wanita.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

BACA: Bella Dally Nafi Dikongkong Nazim Othman

“Saya tidak mahu babak romantik berlebihan, berpelukan atau bersentuhan kulit dengan wanita bukan mahram sama ada dalam lakonan atau ketika di luar waktu kerja. Saya cuba mengelakkan bersalaman dengan wanita, malah dengan tunang saya Bella Dally juga”

“Sejak dia bertudung lagi saya menghormati dia dengan tidak pernah menyentuhnya. Ia adalah janji saya kepada diri sendiri selepas menjalani pembedahan ketumbuhan otak pada tahun lalu. Ada beberpa janji yang saya telah tanamkan dalam diri selain daripada perkara itu, tapi biarlah ia menjadi rahsia,” jelasnya kepada mStar Online.

Tahniah buat Nazim kerana berpegang pada janji selain menghormati Bella. Selain Nazim Othman, pelakon Saharul Ridzwan dan juga Izzue Islam turut mengenakan syarat untuk tidak bersentuhan dengan bukan mahram di dalam babak lakonan mereka. (rtky/s)