fbpx

Nazim Othman Beri Tanda Minat Lelaki Lain?

Dakwaan lelaki lembut bukanlah kali pertama melanda Nazim Othman kerana perwatakannya yang ala-ala jejaka Korea. Terbaru komen yang ditinggalkan Nazim pada gambar Scha Al Yahya bersama seorang jejaka ‘mat salleh’ mengundang persoalan netizen.

BACA: Nazim Othman Tak Kisah Dipandang Lelaki Lembut

Beberapa hari lalu Scha telah memuat naik sekeping gambar bersama pelakon antarabangsa, James Marsden. Namun apa yang menarik, Nazim sempat meninggalkan komen ‘nakal’ buat jejaka itu di laman Instagram Scha.

Bagaimanapun komen nakal itu turut disedari netizen yang mula membuat spekulasi sendiri. Ada pula segelintir netizen mendakwa Nazim suka pada kaum sejenis (gay) sekaligus menimbulkan persoalan punca penceraiannya sebelum ini.

Difahamkan pula, Nazim turut menyekat pengikutnya yang cuba mengusik nakal pelakon itu dengan bertanyakan apakah yang akan dilakukan Nazim jika dapat menculik pelakon antarabangsa berkenaan.

Mungkinkah Nazim hanya bergurau senda kerana melihat kekacakkan pelakon antarabangsa itu? Tapi tidak dinafikan memang agak sesuatu komen yang ditinggalkan Nazim. Bersangka baik sahajalah! (rtky/w)