fbpx

Nazim Othman Tak Kisah Dipandang Lelaki Lembut

Dilihat semakin feminin dalam bergaya, Nazim Othman tidak kisah dengan kritikan peminat yang mendakwa dirinya semakin lembut sejak bercerai. Menurut Nazim, beliau tidak terkesan kerana itulah dirinya yang sebenar.

BACA: Nazim Othman Tayang Badan Separuh Bogel Pula
“Tolak ketepi semua itu. Inilah saya. Tidak kira bagaimana saya dilihat, saya sudah pergi jauh. Saya bangga dengan diri saya. Tidak semua orang mempunyai bakat, tetapi mereka bukan memberikan dorongan supaya kita memperbaiki diri”

“Jangan sakit hati! Saya berdoa mereka bahagia dengan kehidupan sendiri dan berjaya pada masa depan,” tulisnya berikutan dakwaan peminat mengenai imejnya kini semakin ke arah lelaki lembut.

Pelakon yang sinonim dengan wajah artis Korea itu mengakui sering ditegur oleh peminat kerana memakai mekap terlalu tebal berbanding wanita, selain dituduh gay kerana perwatakkan yang metroseksual itu.

Perasan juga imej Nazim dahulu yang masih kelihatan ‘gentlemen’ dan berimej sasa tetapi kini mungkin Nazim memilih untuk tampil dengan wajah baru. Mungkin juga Nazim berinspirasi dari selebriti Korea? (rtky/w)