fbpx

Nazim Othman Akui Suka Hidup Menduda, Lebih Bebas

Bekas isterinya, Bella Dally sudah pun mendirikan rumah tangga dan bertemu bahagia bersama suami baru, bagaimanapun Nazim Othman lebih selesa dengan statusnya sebagai seorang duda.

Ujarnya lagi, dia masih belum bersedia untuk memikirkan soal jodoh mahupun mencari jodoh. Malah Nazim akui sejak bercerai Mei tahun lalu, dia belum lagi menemui pengganti.

BACA: Netizen Persoal Siapa Ambil Foto Nazim Othman Mandi Buih

“Jika ada masa saya akan bercuti ke luar negara, jadi saya tiada masa untuk memikirkan soal jodoh. Tambahan lagi saya langsung tidak memberi fokus untuk mencari pasangan, saya bahagia dengan kehidupan sekarang.

“Namun saya sendiri tak boleh nak komen sampai bila situasi ini akan berlanjutan, sejujurnya saya tidak pernah ada calon pengganti sejak bercerai Mei tahun lalu, skandal pun tak ada,” katanya kepada mStar Online.

Kata Nazim lagi, selepas bercerai dia mengakui menutup pintu hatinya untuk menerima cinta. Dalam pada itu, Nazim menjelaskan dia sering pergi bercuti kerana minatnya dan bukan kerana jiwa kacau seperti didakwa netizen.

“Awal-awalnya memang kita tutup. Tutup terus, kunci kita buang. Saya suka bercuti sejak usia 19 tahun. Tiada istilah travel sebab jiwa kacau. Saya memang suka travel.

“Sekarang saya solo, bila-bila ada ruang, saya akan berjalan. Banyak lagi tempat saya tak explore dan banyak negara saya tak pergi,” katanya.