fbpx

Netizen Persoal Siapa Ambil Foto Nazim Othman Mandi Buih

Jika anda mengikuti Instagram Nazim Othman, pasti anda tahu pelakon itu ada berkongsikan beberapa keping gambar percutiannya ke Pulau Maldives.

Gambar yang dikongsikan cukup mempesonakan dengan berlatar belakangkan keindahan pulau yang cukup cantik itu. Namun satu gambar yang dikongsikan oleh pelakon itu sedang santai bermandi buih menjadi perhatian netizen.

BACA: Nazim Othman Akui Sunyi Tapi Tak Terdesak Kahwin

Gambar tersebut menimbulkan tanda tanya netizen yang mempersoalkan siapakah individu yang mengambil foto tersebut memandangkan pelakon itu dikatakan bercuti seorang diri.

Bagaimanapun, ada netizen mengatakan fikir yang baik-baik sahaja mungkin pelakon itu menggunakan self timer untuk mengambil gambar tersebut. Betul tu, teknologi  sekarang makin canggih dan tak perlu lagi perlukan orang untuk ambik gambar kita.