fbpx

Hanis Zalikha, Hairul Azreen Bakal Timang Anak Kedua

Tahniah buat Hanis Zalikha dan juga Hairul Azreen kerana bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi. Perkara tersebut dikongsikan oleh Hairul di laman Instagram. Nampaknya tidak lama lagi, Yusuf Iskandar akan dapat adiklah’ya?

BACA: Hanis Zalikha, Suami Tak Pergi Mengundi?

“Alhamdulillah, insyaallah Yusuf Iskandar bakal dapat adik. #RezekiMilikALLAH, thank you Allah,” kat Hairul dalam kapsyen perkongsian gambarnya.

Selain itu, ternyata berita gembira tersebut membuatkan peminat mereka turut tidak sabar untuk melihat Yusuf Iskandar menjadi abang selain turut dihujani ucapan tahniah tidak henti-henti.

Apa pun, semoga perjalanan pasangan ini sentiasa dipermudahkan. Makin bertambah meriah keluarga Hairul dan Hanis selepas ini. (rtky/s)