fbpx

“Nasib Baik Wartawan Tak Dedah Jantina Sebenar”

Kebelakangan ini nama sebenar Nur Sajat semakin panas, apa lagi dengan tersebarnya kad pengenalan beliau. Dalam pada itu, sempat Aeril Zafrel mencelah, bertanyakan pula jantina sebenar usahawan terkenal itu.

BACA: Kad Pengenalan Muhammad Sajjad Jadi Perhatian Ramai

Menerusi laman Twitter, Aeril dengan bersahaja bergurau bertanyakan apa pula jantina sebenar Sajat, memandangkan heboh berita nama sebenar beliau yang ‘menyerupai’ nama penuh lelaki.

“Selamat wartawan dedah nama sebenar, kalau jantina sebenar?,” tulisnya di laman Twitter mengenai nama sebenar Sajat yang tersebar.

Rata-rata ramai terhibur dengan soalan bersahaja mengenai jantina Sajat. Ada juga sempat mengusik pelakon itu semula dengan memberitahu jantina Sajat sudah lama diketahui oleh rakyat Malaysia.

Terdahulu Sajat berang apabila nama sebenarnya tersebar di media sosial hingga mendakwa pihak wartawan memutar belit fakta. Buat Aeril jaga-jaga membahan, nanti marah mula Sajat dikatakan seorang lelaki. (rtky/w)