fbpx

Kad Pengenalan Muhammad Sajjad Jadi Perhatian Ramai

Gara-gara naik ke mahkamah semalam, nama Sajat kembali panas apabila nama lelakinya terdedah. Hari ini sekeping gambar kad pengenalan menunjukkan nama Muhammad Sajjad bin Kamarul Zaman jadi perhatian ramai.

BACA: Nur Sajat Bengang Wartawan Dedah Nama Sebenar

Gambar kad pengenalan yang beralamat Setiawan dengan nombor kad pengenalan 8502XX-XX-XX itu telah dikongsi oleh pengguna media sosial. Biarpun gambar dikaburkan, netizen percaya ianya milik Sajat

Bagaimanapun Sajat menerusi laporan media berkata, nama sebenarnya tiada permulaan Muhammad atau Nur tetapi hanyalah Sajjad. Malah Sajat juga mendakwa, pihak wartawan telah memutur belitkan namanya.

“Kenapa saya kena tunjuk kad pengenalan semata-mata nak puaskan hati mereka. Nanti orang salah guna, sekarang makin ramai penipu, jadi saya perlu lebih berwaspada,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Semalam menerusi Instagram, Sajat meluahkan rasa bengang apaila nama lelakinya disebut di media sosial dan kaca TV sebagai seorang lelaki. Umum sedia maklum, jantina Sajat masih menjadi tanya tanya hingga kini. (rtky/w)