Kawan-kawan lelaki’ku sekalian, adalah di’maklumkan bahawa model Melayu paling hot Malaysia ini bakal mendirikan rumahtangga & kita hanya boleh gigit jari.


Bercakap kepada mStar Online hari ini, Nasha Aziz mengakui yang teman lelaki beliau, Nur Iman Tang telah pun melamarnya.

Lebih menarik tentang perancangan perkahwinan mereka ialah, Nasha Aziz & Nur Iman Tang akan mengerjakan umrah bersama sebelum pulang untuk melangsungkan majlis bahagia mereka.

“Saya agak tradisional dalam soal pergaulan dan perhubungan. Mungkin sebab itu saya ambil masa yang lama untuk menerima lelaki untuk menjadi teman hidup,” kata Nasha Aziz.

Nur Iman Tang yang di’temubual menerusi telefon mengakui wajah ayu dan peribadi menarik Nasha Aziz sudah lama jadi dambaannya.


Hubungan kekasih yang terjalin selama dua tahun antara mereka bakal berakhir dengan perkahwinan Jun ini. Nasha Aziz minta semua peminat mendoakan jodoh mereka berdua.

Jika ada antara anda yang tidak kenal akan paras rupa siapa Nur Iman Tang, gambar beliau selepas ini. Mahu enjoice atau tidak?