fbpx

Nasha Aziz Belum Putus Dengan Nur Iman Tang, Tidak Tetap Tarikh Kahwin

Nama Nasha Aziz kembali meniti bibir peminat sejak akhir akhir ini kerana drama bersiri Supermak.

Dengan itu, maka soalan soalan peribadi tidak akan lari dari di’tanya peminat & pihak media.

Ingat lagi sekitar Mac 2010 lalu, ada kenyataan media dari Nasha Aziz yang berkata beliau & kekasihnya Nur Iman Tang akan berkahwin Jun 2010.

Dan selepas itu, penantian demi penantian, perkahwinan yang kita semua tunggu tidak kunjung tiba dan gossip liar mula berlegar.

Ada yang mengatakan hubungan aktress tinggi lampai itu dengan Nur Iman Tang sudah berakhir dan tidak kurang juga mengatakan yang Nasha Aziz sudah ketemu kekasih baru.

Namun kenyataan terbaru kepada Media Hiburan, Nasha Aziz menegaskan yang hubungan beliau & Nur Iman Tang masih belum putus.

“Hubungan saya dengan kekasih yang di’kaitkan dengan saya dahulu masih belum putus & saya tidak suka untuk memutuskan silaturahim antara kami.”

Dalam kenyataan sama, Nasha Aziz turut menolak sebarang ura ura yang beliau akan berkahwin dalam masa terdekat.