Penyanyi rock lagenda, Datuk Nash terlibat dalam kemalangan motosikal pada Selasa lalu ketika dalam perjalanan pulang dari surau.
Memetik BH Online, Nash berkata dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menunaikan solat Isyak dan cuaca ketika itu hujan.
BACA: Nasha Aziz Buat ‘Live’ Sambil Bersihkan Kubur Jadi Perhatian
“Selepas solat, saya mengikuti ceramah dan barulah pulang ke rumah. Keadaan cuaca pula hujan. Dalam perjalanan itulah kemalangan berlaku,” katanya.
Difahamkan, Nash dikejarkan ke Hospital Shah Alam sebelum dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta.
Akibat kemalangan itu, Nash menerima 24 jahitan di kepala dan 28 jahitan di bahagian dahi kiri.
Dalam pada itu, Nash meluahkan rasa syukur hanya mengalami kecederaan luaran dan tiada kecederaan serius pada bahagian dalaman.
Sumber: BH Online