fbpx

Nas-T: Saya Masih Sayangkan Nabila Huda, Lebih Suka Jadi Kekasih

Ekoran tulisan Nabila Huda di Instagram beliau semalam, banyak spekulasi timbul tentang hubungan cinta beliau bersama Nas-T dan ‘perpisahan’ mereka menjadi tumpuan media hari ini.

BACA: Nabila Huda & Nas-T Putus Cinta?

Menerusi Kosmo! hari ini, Nas-T tampil memberikan penjelasan dari pihak beliau untuk isu ini dan berkata sebenarnya tidak ada apa-apa yang telah berlaku, mungkin apa yang ditulis mungkin disebabkan faktor emosi.

Namun Nas-T tidak menolak apabila di’katakan sedang bergaduh dengan Nabila Huda ketika ini dan mahu membiarkan keadaan reda terlebih dahulu sebelum duduk berbincang dengan Nabila Huda tentang isu ini.

“Memang saya sayangkan dia sejak kami berkawan sehinggalah bercinta dan perkara itu tidak akan berubah sampai bila-bila walaupun apa jua status hubungan kami kelak,” jelas Nas-T.

“Kami akan kekal seperti dahulu, masih berjumpa dan meluahkan masalah masing-masing. Bagi pihak saya pula sebenarnya saya lebih suka dia menjadi seorang kekasih kerana dia melengkapi diri saya”