Naqiu Derma Separuh Wang Kemenangan GV Pada Anak Yatim
Hampir enam tahu bersiaran, buat pertama kali dalam sejarah juara Gegar Vaganza dirangkul oleh dua peserta iaitu Naqiu Boboy dan Hady Mirza. Kedua mereka berjaya membawa pulang hadiah RM100,000 berserta trofi.
Lebih manis lagi, Naqiu mengumumkan mahu berkongsikan kemenangannya itu dengan anak-anak yatim dimana dia bakal mendermakan separuh wang kemenangannya. Naqui berkata, dia sudah niatkan perkara itu memasuki konsert suku akhir GV2019.
BACA: “Mana Mungkin Kami Pilih Seorang Juara Kalau Dua Dua Hebat”
“Masa tu saya cakap pada isteri saya, jika menang nanti saya mahu dermakan wang pada rumah anak-anak yatim.
“Pada saya, GV2019 adalah medium untuk saya membina karier jadi duit kemenangan tu saya tak fikir sangat sebenarnya, ia lebih kepada platform,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Naqiu memberitahu dia belum mengenal pasti lagi rumah anak-anak yatim yang akan disumbangkan dan tidak akan tertumpu pada sebuah rumah sahaja.
Memang mulia hati Naqui. Kami ucapkan semoga Naqui akan terus maju jaya dan menyinar dalam industri hiburan tanah air.
- SUMBER
- Astro Gempak
rumah pun macam orang bersamamu, ada hati nak sedeqah. Cukup kan keperluan anak bini dulu baru fikir nak buat benda lain!
buat je takyah war2kan….takut pahala bocor…sia2 je
Lantak dia lah nak war war ke nak simpan ke… Takyah nak dengki sangatlah orang buat benda baik…
Bgus laa sbnrnya kita x perlu bnyk2 duit pun. Yg kita perlu bnyk usaha dan amal bakti jah. Rezeki Allah x pernah putus waima pd org bkn Islam dan haiwan pun rezki melimpah2. Cuma masalahnya hawa nafsu kita yg selalunya x penah cukup dan puas hingga kita tamak dan nak bolot semuanya.
dengki kepala hotak kau. kau sakit ati apsal
Siapa makan cili…. Rasalah kepedasannya ye jemah…
nampak sgt kebodohan salah sekor fan kipas mati naqiu. pedulikan dier jemah. ni jenis org otak mati.
Alkinky mulut kau mmg x insuran kan? Org miskin atau kaya ke boleh bersedekah apa yg mereka mampu. Dia dh berniat tu elok la dia sedekah.
Siape mulut puaka tu ingat sikit kuamat dh dekat
Acik pun anak yatim jgk..
Meh derma kat acik brg seploh ribu
Orang2 yg bodoh saja mengutuk Naqiu tidak sedar mereka juga yg menaikkan populariti Naqiu sebab lebih ramai lagi org yg kesiankan dia dan lebih ramai org yg minat kat dia kalau nak dibandingkan yg lagi sekor tu peminat fanatik dia puji macam nak mampos dan org yg terlalu banyak dipuji akan bertukar menjadi keji.
rumah pun macam orang bersamamu, ada hati nak sedeqah. Cukup kan keperluan anak bini dulu baru fikir nak buat benda lain!
X perlu tunggu rumah besar baru nak bersedekah… X salah berkongsi kejayaan dgn orang lain, memang lh dah dapat ni boleh berkongsi dgn anak bini, takkan lah semua benda nak cakap, fikir secara logik je lar beb.
Tahap menghina nau Alkinky! Mana tau lps ni rezki naqiu mcm durian runtuh ataupun bak lautan Pacific? Hehehe..
Bagus naqiu…teruskan niat bersedekah., Kalau kita tahu ganjaran org sedekah..sesudah kita mati.,.kita akan menyesal pada diri kita..mengapalah sedekah yg aku bagi dulu sikit sangat…kalau ku tahu aku akan bg semuanya….tak ada lg dengar orang sedekah jd bankrap….