fbpx

Nana Sheme Gemuruh Pakaikan Samping Suami

Nampaknya sambutan Hari Raya tahun ini berbeza buat penyanyi Nana Sheme yang pertama kali menyambut Syawal sebagai isteri kepada produser muzik, Zikri Zakaria.

Memetik Utusan Online, Nana berkata dia rasa teruja dan gemuruh apatah lagi tahun ini menyambut raya dengan suasasan berlainan sebagai isteri orang.

BACA: Nana Sheme Masih Kekok Nak Pegang Suami

“Sebelum berkahwin, tanggungjawab saya adalah memasangkan sampin baju Melayu untuk ayah dan adik setiap kali menyambut Aidilfitri.

“Tahun ini berlainan, kerana saya kena pakaikan sampin untuk suami selain tidak lagi menerima duit raya daripada ibu ayah kerana sudah bergelar isteri orang,” katanya.

Nana turut berkongsi pengalaman beraya di kampung halaman di Kuching, Sarawak serta menyifatkan terdapat sedikit kelainan berbanding sambutan di semenanjung.

“Selama sebulan, kami lengkap berbaju Melayu bagi lelaki dan kurung untuk perempuan. Jadi, tahun ini suami beli baju Melayu lebih sepasang.

“Acara rumah terbuka rancak diadakan selama sebulan. Pergi kerja pun pakai baju Melayu atau kurung.

“Juadah Hari Raya juga sedikit berlainan kerana latar belakang keluarga yang ada campuran Iban. Ibu akan sediakan ayam pansuh yang dimasak dalam buluh untuk disajikan,” katanya.

Terdahulu, Nana mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Zikri pada Oktober tahun lalu. Pasangan itu disatukan dalam majlis di Kuching.