fbpx

Nana Sheme Masih Kekok Nak Pegang Suami

Lama tak dengar cerita, Sabtu lalu penyanyi Nana Sheme selamat bergelar isteri dengan lelaki pilihan hati, Zikri Zakaria dalam majlis yang diadakan di Damai Central, Kuching, Sarawak.

Memetik Astro Gempak, Nana atau nama sebenarnya Nur Nabilah Hashimi mengakui gementar namun meluahkan rasa syukur majlis nikahnya berjalan dengan lancar.

“Alhamdulillah, sewaktu majlis pernikahan segalanya telah berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, saya sudah selamat bergelar seorang isteri sekarang.

“Perasaan selepas bergelar isteri membuat saya gementar dan dalam masa sama teruja sebab saya ingin jadi yang terbaik untuk suami.

“Tapi saya masih kekok sebab nak pegang-pegang suami, sebelum ini tak pernah bersentuhan. Insyallah, saya akan cuba sesuaikan diri,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nana Sheme (@nanaasheme)

Berkongsikan mengenai perancangan selepas berkahwin, Nana berkata suaminya mahu melihat dirinya menjadi seorang isteri sepenuh masa.

“Suami saya seorang yang pendiam, tenang dan pemalu. Selepas kami bernikah dia hanya cakap Alhamdulillah kerana kami berdua telah selamat menjadi suami isteri.

“Dia juga ada simpan hasrat dan beritahu pada saya nanti suatu hari saya dah tak perlu bekerja. Dia mahu saya menjadi isteri sepenuh masa.

“Insyallah, saya secara perlahan-lahan akan belajar tanggungjawab sebagai isteri, saya akan belajar masak dan sebagainya,” katanya.