fbpx

Nana Mahazan Dan Bell Ngasri Perlu Akur Tersingkir Dari Super Spontan

Teka-teki peserta Beruang Comel yang mana disingkirkan pada minggu ke-8 Super Spontan terjawab apabila Bell (Ngasri) terpaksa akur dengan keputusan undian kali ini.

Ini bermakna Beruang Comel hanya tinggal tiga peserta iaitu Ropie, Johan dan Rahim berbanding peserta Angsa Ganas yang berkelebihan dengan 4 orang peserta iaitu Nana, Suhaimi, Tauke dan juga Zizan Razak.

Bagaimanapun, difahamkan hanya 6 peserta yang akan mara ke pusingan akhir Super Spontan yang akan berlangsung pada 1 Jun 2012 ini di lokasi sama pusingan mingguan.

Maka akan ada seorang lagi peserta yang akan disingkirkan di minggu ke-9 ini yang akan diumumkan di penghujung rancangan berbanding minggu-minggu sebelumnya yang hanya diumumkan di minggu seterusnya.

Seperti biasa 5 permainan yang dipertandingkan dan kali ini bermula dengan sketsa Ayat Penyata, Abjad Terbalik, Ciptaan, Alih Suara dan Jamuan Cik Kiah dan Cik Eton.

Kedua-dua kumpulan dilihat berjaya menerima tepukan gemuruh dari penonton studio kerana idea-idea komedi masing-masing. Paling menarik perhatian semasa permainan Ciptaan, iatu 2 pserta dari kumpulan masing-masing diberi 1 barang untuk peserta mempelbagaikan kegunaan barang tersebut selain dari kegunaan asal.

Berlaku satu insiden kecil kepada peserta Angsa Ganas iaitu Zizan yang mana Suhaimi terlepas “barang” itu tepat ke pipi Zizan. Walau bagaimanapun, tiada kecederaan teruk yang berlaku. Zizan masih terus beraksi selepas itu.

Setelah berakhir kesemua permainan dan sketsa, kali ini Beruang Comel berjaya mendapat undi tertinggi mengatasi Angsa Ganas, sekaligus berjaya mengekalkan peserta kumpulan dan menjadikan mereka sebagai finalis.Cek kemenangan wang tunai RM5000 kali ini diserahkan kepada rumah kebajikan Hope 2 Walk.

Kumpulan Angsa Ganas yang tewas kali ini terpaksa membuat undi penyingkiran salah seorang peserta untuk melengkapkan 6 peserta finalis. Akhirnya Nana menjadi peserta terakhir Super Spontan yang disingkirkan.

Undian SMS pusingan akhir Super Spontan kali ini tidak lagi pada kumpulan, tetapi individu ataupun nama peserta itu sendiri bagi menentukan siapa bakal pemenang kereta Toyota Camry dan wang tunai bernilai RM100,000. Sama-sama kita nantikan.