fbpx

“Nampak Rambut, Tak Lama Lagi Mesti Buka Tudung”

Sudah lama rasanya tak dengar cerita mengenai pelakon Liyana Jasmay. Jika anda mengikuti akaun Instagramnya, Liyana ada memuat naik beberapa keping fotonya di London.

Namun, salah satu gambar yang dikongsikan itu menjadi perhatian ramai dan mengundang kecaman. Gambar tersebut menunjukkan pelakon itu hanya memakai snow cap dan kelihatan helaian rambut yang terkeluar menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen.

BACA: “Ini Yang Dipanggil Pakai Baju Tapi Berbogel”

Seperti sudah dijangka, netizen tidak mahu melepaskan peluang untuk meninggalkan komen negatif terhadapnya. Ada segelintir netizen mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti.

Tidak kurang juga ada yang meluahkan rasa terkejut dan bertanyakan sama ada adakah benar bahawa pelakon itu tidak lagi bertudung. Tidak hanya berdiam diri, Liyana dilihat membalas komen-komen berbentuk kecaman tersebut dengan tenang dan turut memaafkan mereka yang melemparkan komen negatif terhadap dirinya.

Bagaimanapun, masih ramai yang cuba memberikan teguran secara baik dengan menasihati Liyana supaya memakai tudung dengan sempurna.

Mungkin selepas ini Liyana perlu lebih berhati-hati sebelum memuat naik gambar kerana peminat hari ini semakin sensitif dengan gaya yang dikenakan oleh artis kesayangan mereka.