“Ini Yang Dipanggil Pakai Baju Tapi Berbogel”
Sudah agak lama kita tidak mendengar cerita tentang pelakon Liyana Jasmay. Tahun lalu, Liyana yang mengakui sudah lama menyimpan hasrat untuk berhijrah akhirnya mengambil keputusan untuk bertudung litup.
Bagaimanapun, baru-baru ini nama pelakon itu menjadi bualan ramai di media sosial apabila cara pemakaiannya dikritik dan mendapat kecaman netizen gara-gara beliau memuat naik gambar memakai seluar ketat berwarna coklat.
BACA: Liyana Jasmay Kini Bertudung Litup
Rata-rata netizen berpendapat gaya tersebut tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung. Disebabkan seluar seperti berwarna kulit itu, ada yang memberikan komen kasar dengan mengatakan pelakon itu seperti berbogel walaupun memakai seluar.
Tidak hanya berdiam diri, segala kritikan dan kecaman netizen itu dibalas Liyana dengan tenang serta ucapan terima kasih. Ramai yang memuji tindakan Liyana kerana tidak cepat melatah apabila ditegur.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen gambar tersebut, netizen turut menasihati pelakon cantik itu agar lebih berhati-hati dalam soal pemakaian. Tidak kurang juga ada yang meminta untuk memadam gambar tersebut agar tidak mengundang sebarang fitnah.
LJ ni bole kita kategori sbg sendu ke???
tak ni bukan senduk ni SENDUK… senduk kayu….
Mcm orang gila pulak aku tengok.
jangan salahkan dia, sebab masa dia jalan2 hari tu dia jumpa ramai orang Sabah……. terpaksa dia masuk kedai pakaian beli legging tu……. supaya dapat lari cepat cari lakinya nanti di bawa bergambar kan susah nanti…. maklum lah mereka anak datuk dan kaya raya nanti terextend pula lakinya denagan orang Sabah, susah dia nak meminang naik gunung yang sejuk tu
Pahal kaitkan dengan org Sabah?
Betul tu… Tpaksa dia bli kerana takut org Sabah naik hantu tingok dia yang begitu glamour.. Ala ala artis hollywood gitu LJ.
ape yg ko merepek ni??
acah2 jawab bagus… Mashallah..tq for your kind words..padahal dalam hati dia..membara nak carutsss..mcm gunung berapi nk meletus..huhu
biar suami dia tanggung…
dier nak kena blajar pakai baju sopan mcm nana….walaupon single mum tapi jaga maruah. naikkan martabat kaum2 single mum….aku salute nana