“Nampak Macam Anak Lebih Matang Dari Bapaknya”
Sebut saja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pasti ramai tahu jutawan kosmetik itu sering mencetuskan konteroversi di media sosial sehingga mengundang kecaman ramai.
Baru-baru ini, perkongsian Aliff menjadi perhatian apabila memuat naik video diaplikasi TikTok sedang rancak menari tarian ‘Mr Popolo, DINO SONG’ bersama anak lelakinya.
BACA: Aliff Syukri Tak Serik Menyanyi, Keluar Lagu Baru Tahun Depan
@aliffsyukriterlajaklaris Manja kali bapak dia??
Melihatkan video itu, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah reaksi anak sulung usahawan itu, Ammar Ahyan seolah akur dengan perangai bapanya. Menerusi video tersebut, Aliff yang sedang menari hampir menolak Ammar sehingga jatuh.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji sifat Ammar yang dilihat lebih matang daripada bapa dan mengatakan remaja itu sangat bertuah kerana mempunyai bapa yang boleh dibawa bergurau.
Dalam pada itu, ada yang mengatakan anak sulung usahawan itu seperti ibunya, Datin Shahida mempunyai personaliti yang tenang.
Sebelum ini, Aliff memberitahu seorang yang tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya supaya menjadi orang yang berguna dan lebih baik dari dirinya.
- SUMBER
- xtra
dalam hati entah mcm mana perasaan anaknya yg meningkat dewasa, mesti malu atau segan dgn rakan sebaya tapi tak dapat luahkan sebab nak jaga perasaan org tuanya. mesti dia tertanya kenapa ayahnya x macam ayah orang lain. ade je ayah yang boleh dibawa bergurau tapi tidak ler over mcm ni
Pity the kid for having a father like that
aku rse semua mak bapak mmg bagus didik ank2 dia.. luar gile2 tp kt rumah dia normal je, cme silapnye terkejar kn populariti sanggup buat benda yg memalukan, menyakitkn mata netizen tp berbaloi sbb org tgk, org viral, wartawan hari2 share pasal dia, aku pn terkomen sekali.. semua kerana nk cari duit..cme berkat x berkat jela..ade je cara yg betul tp mereka pilih jalan mcm tu…
SEBAB AYAH DIA SUKA POPULARITI DAN SUKA BUAT PELIK2 KOT!!